Cuti antarabangsa
- 1 Julai – Hari Kanada (Kanada)
- 1 Julai – Hari Republik (Ghana)
- 3 Julai – Hari Kemerdekaan (Belarus)
- 4 Julai – Hari Kemerdekaan (Amerika Syarikat)
- 5 Julai – Hari Kemerdekaan (Venezuela)
- 6 Julai – Hari Kemerdekaan (Malawi)
Portal:Hal semasa


3 images
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 Julai - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- 29 Julai - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.
- 23 Julai - Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.
- 21 Julai - Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić (gambar) ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang.
- 17 Julai - Lebih seribu tentera Kemboja dan Thailand berkumpul berhampiran Kuil Preah Vihear, fokus pertikaian sempadan kedua negara itu.
- 15 Julai - Tokoh pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
- 13 Julai - Ahli Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean (gambar negara ahli).
- 9 Julai - Iran menguji peluru berpandu Shahab-3, di tengah-tengah ketegangan antarabangsa mengenai program nuklearnya.
- 7 Julai - Pemimpin G8 bertemu di Jepun manakala pemimpin D-8 bertemu di Malaysia.
- 4 Julai - Penerbangan rentas selat (gambar) hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.