Josip Skoko (lahir 10 Disember 1975) merupakan bekas pemain bola sepak Australia yang bermain sebagai pemain tengah. Dia pernah beraksi untuk North Geelong Warriors, Hajduk Split, Genk, Gençlerbirliği, Wigan Athletic, Stoke City dan Melbourne Heart.
Karier kelab
Karier awal
Skoko dilahirkan di Mount Gambier dan bermain untuk North Geelong Warriors sebelum berpindah ke kelab Croatia, Hajduk Split pada tahun 1995. Selepas empat tahun di Stadion Poljud dia berpindah ke Belgium bersama Genk. Di Genk, dia diberi peranan sebagai kapten dan membantu pasukannya memenangi liga pada musim 2001–02. Dia kemudiannya menyertai kelab Turki, Gençlerbirliği pada tahun 2003.
Wigan Athletic
Skoko menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic pada awal musim 2005-06. Pada 7 Januari 2006, Skoko menyertai kelab Liga Championship, Stoke City secara pinjaman sehingg akhir musim 2005–06. Dia bermain sembilan perlawanan untuk Stoke dan menjaringkan dua gol ketika menentang Sheffield United dan Crystal Palace. Dia kemudiannya menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Wigan sehingga tahun 2008.
Hajduk Split
Walau bagaimanapun, pada 21 Julai, Skoko menandatangani perjanjian dua tahun dengan bekas kelabnya, Hajduk.
Melbourne Heart
Skoko kembali ke Australia dengan menyertai kelab baru A-League, Melbourne Heart.
Karier antarabangsa
Skoko merupakan ahli skuad Australia selama sepuluh tahun, dari 1997 sehingga 2007. Dia membuat penampilan pertamanya untuk Australia ketika menentang Macedonia pada tahun 1997. Dia juga mewakili negaranya ketika Olimpik 2000.
Gol antarabangsa
| # | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 23 Februari 2000 | Üllői úti stadion, Budapest, Hungary | Hungary | 0-2 | 0-3 | Persahabatan |
| 2 | 30 Mei 2001 | Stadium Piala Dunia Suwon, Suwon, Korea Selatan | Mexico | 2-0 | 2-0 | Piala Konfederasi FIFA 2001 |
| 3 | 31 Mei 2004 | Hindmarsh Stadium, Adelaide, Australia | Tahiti | 2-0 | 9-0 | Piala Negara-Negara OFC 2004 |
| 4 | 9 October 2004 | Stadium Lawson Tama, Honiara, Kepulauan Solomon | Kepulauan Solomon | 0-1 | 1-5 | Piala Negara-Negara OFC 2004 |
| 5 | 0-3 | |||||
| 6 | 16 November 2004 | Craven Cottage, London, England | Norway | 2-1 | 2-2 | Persahabatan |
| 7 | 15 Jun 2005 | Waldstadion, Frankfurt, Jerman | Jerman | 1-1 | 4-3 | Piala Konfederasi FIFA 2005 |
| 8 | 22 Februari 2006 | Stadium Kebangsaan Bahrain, Manama, Bahrain | Bahrain | 1-2 | 1-3 | Kelayakan Piala Asia AFC 2007 |
| 9 | 25 Mei 2006 | Melbourne Cricket Ground, Melbourne, Australia | Greece | 1-0 | 1-0 | Persahabatan |
Pautan luar
- Josip Skoko – Rekod persaingan FIFA
- Profil Melbourne Heart Diarkibkan 2010-08-06 di Wayback Machine
- Laman web rasmi
- Profil OzFootball
- Laman web Soccerbase: Josip Skoko
