factograf
MS
Sign in

Pelakon Amerika Syarikat

Jennifer Connelly

Jennifer Connelly

Key facts

tarikh lahir12 Disember 1970
tinggi169cm
dididik diUniversiti Stanford
pekerjaanpelakon, pelakon suara, model
pasanganPaul Bettany
ahli parti politikParti Demokrat
anugerah yang diterimaAnugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
karya terkenalFilem Requiem for a Dream
genrefilem drama
jisim52 kg
All data from the card 5
Kelahiran
Jennifer Lynn ConnellyDisember 12, 1970Cairo, New York, A.S.
Pekerjaan
Pelakon
Tahun aktif
1981–kini
Pasangan
Paul Bettany (k. 2003)
Anak-anak
3

Jennifer Lynn Connelly (lahir Disember 12, 1970) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat yang memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak. Beliau muncul dalam iklan majalah, surat khabar dan televisyen sebelum membuat peranan lakonan pertamanya dalam filem jenayah 1984, Once Upon a Time in America. Connelly terus menjadi model dan berlakon, membintangi filem-filem seperti Labyrinth, Career Opportunities dan The Rocketeer. Beliau mendapat pujian meluas untuk peranannya dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City dan filem 2000, Requiem for a Dream.

Pada tahun 2002, Connelly memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA untuk perananya sebagai Alicia Nash dalam filem 2001, A Beautiful Mind. Filem-filem seterusnya termasuk Hulk, Dark Water, Blood Diamond, The Day the Earth Stood Still, He's Just Not That into You dan Creation.

Kehidupan awal

Connelly dilahirkan di Cairo, New York. Beliau merupakan anak perempuan kepada Ilene dan Gerard Karl Connelly (1941–2008). Bapanya berketurunan Ireland dan Norway manakala ibunya berketurunan Yahudi. Connelly dibesarkan di Brooklyn Heights dimana beliau menghadiri Saint Ann's, sebuah sekolah swasta khusus dalam seni. Bapanya mengalami asma jadi keluarga mereka berpindah ke Woodstock, New York pada tahun 1976 untuk mengelakkan kabut di bandar. Empat tahun kemudian, keluarganya kembali ke Brooklyn Heights dan Connelly kembali belajar di Saint Ann's.

Karier

A brown haired woman, wearing a white dress with small flowers detail and a black ribbon in her hips. She is also wearing pendants. Behind her there is a woman dress with a white shirt and a white skirt with big flowers details.
Connelly di Central Park, Bandar Raya New York, Jun 2005
Connelly di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010
Connelly di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010
2 images

Awal karier

Connelly dipilih sebagai peranan sokongan dalam filem 1984, Once Upon a Time in America. Semasa menjalani pengambaran Once Upon a Time in America, Connelly membuat penampilan televisyen pertamanya dalam episod "Stranger in Town" siri British, Tales of the Unexpected.

Peranan utama pertamanya adalam dalam filem 1985, Phenomena. Beliau kemudiannya mempunyai peranan utama dalam Seven Minutes in Heaven, ditayangkan pada tahun yang sama.

1980an–1990an

Connelly mula dikenali ramai menerusi filem 1986, Labyrinth dimana beliau melakonkan watak Sarah. Dua tahun kemudian, beliau membintangi sebagai pelajar balet dalam filem Itali, Étoile, dan berlakon sebagai pelajar kolej, Gabby dalam Some Girls. Pada tahun 1990, Dennis Hopper mengarahkan The Hot Spot dimana Connelly melakonkan watak Gloria Harper. Filem ini gagal mencapai kejayaan di box office tetapi lakonan Connelly dipuji.

Filem Connelly seterusnya merupakan filem romantik komedi 1991, Career Opportunities, membintangi bersama Frank Whaley. Filem Disney, The Rocketeer (1991) menyusul selepas itu. Beliau melakonkan watak Jenny Blake. Beliau muncul bersama Jason Priestley dalam video muzik Roy Orbison, "I Drove All Night" pada tahun berikutnya.

Connelly kemudiannya muncul dalam Of Love and Shadows, sebuah filem Argentina-Amerika Syarikat 1994 ditulis dan diarahkan oleh Betty Kaplan serta dibintangi Antonio Banderas. Pada tahun 1995, pengarah, John Singleton memilih Connelly untuk watak pelajar kolej lesbian dalam Higher Learning. Beliau kemudiannya muncul dalam filem 1996, Far Harbor sebagai Elie. Ia disusuli dengan filem thriller, Mulholland Falls.

Beliau mula muncul dalam filem bajet rendah seperti filem 1997, Inventing the Abbotts dimana beliau berlakon sebagai Eleanor. Penampilan seterusnya adalah dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City juga dibintangi Rufus Sewell, William Hurt, Ian Richardson dan Kiefer Sutherland. Connelly melakonkan watak Emma.

Awal 2000an

Pada tahun 2001, Connelly mempunyai peranan dalam Pollock sebagai Ruth Kligman. Pada tahun 2000, beliau muncul dalam Requiem for a Dream, diarahkan oleh Darren Aronofsky dan berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Hubert Selby, Jr. Connelly melakonkan watak Marion Silver.

Beliau muncul sebagai Catherine Miller dalam drama bersiri FOX, The $treet. Juga pada tahun 2000, beliau muncul dalam Waking the Dead, sebuah filem berdasarkan novel 1986 dengan tajuk yang sama, melakonkan watak Sarah Williams.

Beliau mempunyai peranan dalam filem 2001, A Beautiful Mind sebagai Alicia Nash. Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, mengutip US$313 juta di seluruh dunia. Beliau melakonkan watak Betty Ross dalam filem Hulk. Ia disusuli dengan House of Sand and Fog. Beliau melakonkan watak Kathy Nicolo.

2005–sekarang

Selepas dua tahun tidak muncul dalam filem, Connelly kembali dalam filem seram 2005, Dark Water berdasarkan filem Jepun 2002 dengan tajuk yang sama. Beliau melakonkan watak Dahlia.

Beliau melakonkan watak Kathy Adamson dalam Little Children bersama Kate Winslet. Connelly membintangi Blood Diamond bertentangan Leonardo DiCaprio dimana beliau melakonkan watak Maddy Bowen. Penampilan beliau seterusnya adalah sebagai Grace dalam Reservation Road bersama Joaquin Phoenix dan Mark Ruffalo.

Connelly melakonkn watak Helen Benson dalam The Day the Earth Stood Still. Ini disusuli dengan peranan dalam filem romantik komedi 2009, He's Just Not That Into You yang juga dibintangi Jennifer Aniston dan Ginnifer Goodwin. Pada tahun 2009, beliau muncul dalam Creation sebagai Emma Darwin. Beliau kemudiannya menyuarakan watak "7" dalam filem animasi, 9.

Beliau muncul dalam Virginia yang dibuka pada September 15, 2010 di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Dua tahun kemudian, ia telah diumumkan bahawa filem ini akan menerima tayangan teater terhad pada bulan Mei 2012. Connelly melakonkan watak Virginia.

Pada tahun 2011, Connelly membintangi filem komedi, The Dilemma bersama Vince Vaughn. Projek beliau yang seterusnya adalah Salvation Boulevard, dibuka semasa Festival Filem Sundance 2011. Connelly melakonkan watak Gwen. Beliau kemudiannya membintangi bersama Greg Kinnear dalam Stuck in Love. Filem ini dibuka semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012.

Pada bulan Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Connelly telah dipilih oleh suaminya, Paul Bettany untuk filem arahan sulungnya, Shelter. Connelly mempunyai peranan dalam filem 2014, Winter's Tale serta membintangi Cry/Fly.

Beliau melakonkan watak Naameh dalam filem 2014, Noah.

Kehidupan peribadi

Semasa menjalani pengambaran The Rocketeer, beliau mula mempunyai hubungan dengan Billy Campbell. Mereka berpisah pada tahun 1996. Anak pertamany, Kai, dilairkan pada tahun 1997 dari hubungannya bersama jurugambar, David Dugan.

Pada Januari 1, 2003, beliau berkahwin dengan pelakon, Paul Bettany di Scotland. Anak pertama mereka, Stellan, dilahirkan pada tahun yang sama. Beliau melahirkan anak ketiganya, Agnes Lark pada Mei 31, 2011 di Bandar Raya New York.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1984 Once Upon a Time in America Deborah Gelly (kecil)
1985 Phenomena Jennifer Corvino
1985 Seven Minutes in Heaven Natalie Becker
1986 Labyrinth Sarah Williams
1988 Some Girls Gabriella d'Arc
1989 Etoile (Ballet) Claire Hamilton / Natalie Horvath
1990 The Hot Spot Gloria Harper
1991 Career Opportunities Josie McClellan
1991 The Rocketeer Jenny Blake
1994 Of Love and Shadows Irene
1995 Higher Learning Taryn
1996 Mulholland Falls Allison Pond
1996 Far Harbor Ellie
1997 Inventing the Abbotts Eleanor Abbott
1998 Dark City Emma Murdoch / Anna
2000 Waking the Dead Sarah Williams
2000 Pollock Ruth Kligman
2000 Requiem for a Dream Marion Silver
2001 A Beautiful Mind Alicia Nash
2003 Hulk Betty Ross
2003 House of Sand and Fog Kathy Nicolo
2005 Dark Water Dahlia Williams
2006 Little Children Kathy Adamson
2006 Blood Diamond Maddy Bowen
2007 Reservation Road Grace Learner
2008 The Day the Earth Stood Still Helen Benson
2009 He's Just Not That Into You Janine Gunders
2009 Inkheart Roxane
2009 9 7 Suara
2009 Creation Emma Darwin
2010 Virginia Virginia
2011 The Dilemma Beth
2011 Salvation Boulevard Gwen Vanderveer
2012 Stuck in Love Erica
2014 Winter's Tale Virginia Gamely
2014 Aloft Nana Kuning
2014 Noah Naameh
2014 Shelter Hannah
2016 American Pastoral Dawn Dwyer Levov
2017 Spider-Man: Homecoming Karen Suara
2017 Only the Brave Amanda Marsh
2019 Alita: Battle Angel Dr. Chiren
2020 Top Gun: Maverick Penny Benjamin Pos-produksi

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Catatan
1982 Tales of the Unexpected Gadis Episod: "Stranger in Town"
1992 The Heart of Justice Emma Burgess Filem TV
2000–2001 The $treet Catherine Miller 12 episod
2020 Snowpiercer Melanie Cavill 10 episod

Pautan luar

Read next

In 82 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article