Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari @ Geoffrey Kitingan (lahir 22 Oktober 1948) juga dikenali sebagai "DDJK" (dikenali ramai sebagai DSPDJK sejak 2021 atau Tuan Dr. Jeffrey Kitingan) merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia juga ahli Parlimen bagi Keningau dan pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I (dari 2020-2023, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II). Beliau merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah. Pada tahun 2020, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum meletak jawatan selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah. Beliau juga ialah bekas Pengarah Yayasan Sabah pada 1987 hingga 1994.
Latar belakang
Dilahirkan pada 22 Oktober 1948 di daerah Kota Marudu, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia); Jeffrey merupakan anak kepada pasangan Datuk Francis Xavier Kitingan Sabanau (1895–1996), seorang pegawai polis bersara dan isteri keduanya, Datin Lucia Laimah Imbayan (24 Februari 1918–11 Mac 2011), kedua-duanya berasal dari daerah Tambunan di sebelah pedalaman negeri Sabah. Beliau juga merupakan anak kesepuluh dari 20 orang adik-beradik.
Ayahnya, Datuk Francis Xavier Kitingan Sobunau dilahirkan di Kampung Karanaan, Tambunan, Borneo Utara pada 1895, anak ketiga kepada Konsuoi dan Sobunau yang mempunyai darah keturunan dari Kampung Noudu, Tambunan. Manakala ibunya, Datin Lucia Laimah Imbayan dilahirkan pada 24 Febuari 1918 di Keningau tetapi berasal dari Kampung Nambayan, Tambunan. Kedua-dua mendiang ibu bapa beliau ialah berbangsa Dusun serta anak jati daerah Tambunan dari beberapa buah kampung yang berlainan.
Antara saudara-saudara kandung beliau ialah empat orang abang sebapanya mengikut urutan umur iaitu Tan Sri Joseph Pairin (lahir 17 Ogos 1940), Petrus Paimil (22 April 1942–24 Mei 2013), seorang pesara Jabatan Pertanian Sabah, OKK Philip Pilim (lahir 29 Mei 1944), iaitu Ketua Masyarakat suku kaum Kadazandusun merangkap hakim Mahkamah Anak Negeri daerah Tambunan sejak 2008/2009 serta David Lini (lahir 24 Mei 1946), iaitu pengusaha resort hak milik keluarga mereka merangkap salah seorang pesara Tentera Darat Malaysia yang berpangkat Sarjan. Selepas kelahiran beliau pada bulan Oktober tahun 1948, urutan itu diikuti oleh adik-beradiknya yang lain iaitu Dionysia Duin (lahir 1 Mei 1950), yang merupakan pesara jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia, diikuti oleh Wina (lahir 19 Ogos 1952), iaitu seorang pesara jururawat Polis Diraja Malaysia dan seterusnya Laurentius Lejius (lahir 1954) yang juga seorang pesara Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah dan suami kepada seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah dari Australia bernama Dr. Jacqueline Pugh, lalu diikuti oleh Justin Joparin @ Justinus (lahir Januari 1956), iaitu bekas jaguh tinju Sabah dan Malaysia pada zaman 1970-an serta 1980-an berbangsa Kadazandusun yang tunggal merangkap jurulatih sukan seni bela diri dan tinju selepas persaraan beliau dari arena sukan tersebut, Crispin (lahir Disember 1956), seorang bekas ahli politik Parti Warisan Sabah pada suatu masa dahulu dan kini ahli parti STAR Sabah merangkap pesara Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA), Datuk Joanna (lahir Ogos 1958) yang juga salah seorang ahli jawatankuasa kanan pertandingan Unduk Ngadau merangkap pesara Perpustakaan Negeri Sabah serta mantan pengarah Muzium Sabah, Jovinia (Januari 1960–1975) yang meninggal pada usia remaja muda akibat barah kerongkong berumur hanya 15 tahun, Juliana (lahir Disember 1960), Francis Sales, Jr. (lahir 1962), iaitu seorang pesara Sabah Forest Industries (SFI) di daerah Sipitang yang juga bapa kepada penyanyi tempatan Sabah iaitu Nera yang kini bertugas sebagai penyampai radio Kupi-Kupi FM merangkap mantan peserta Akademi Fantasia musim 9 dan akhir sekali Victor Nelson (lahir 1964), iaitu pengurus resort hak milik keluarga mereka semenjak beliau mengambil alih tugas abangnya dalam pekerjaan yang sama (kerana abangnya David Lini masih bekerja dengan resort milik keluarga mereka tetapi lebih mengkhususkan kepada minuman keras/arak tradisional Kadazandusun iaitu tapai buatan sendiri), tetapi beliau juga mempunyai adik beradik sebapa yang lain (melalui perkahwinan pertama bapanya dengan mendiang Datin Sodiom Rampan) seperti Charles Abbie (1925–2015), yang telah mengikut jejak ayah mereka, Datuk Kitingan sebagai seorang pegawai polis, Suzana Ahag (1927–27 Disember 2019); yang juga kakak angkat tunggal beliau, Lotuin (29 Mei 1930–11 November 2025), seorang mualaf dan Hilda Sainam (1935–2017) serta seorang kakak atau abang sebapa yang lahir mati pada tahun 1937/1938, iaitu anak terakhir kepada mendiang Datin Sodiom, isteri pertama mendiang Datuk Kitingan. Keluarga Kitingan juga mempunyai pertalian dengan dua keluarga besar dan ternama di Tambunan iaitu keluarga Ongkili (tetapi keluarga Ongkili juga mempunyai darah pertalian dengan keluarga Kinsik, salah satu sebuah keluarga besar dan ternama daerah itu melalui sebelah bapa, iaitu melalui keluarga Indoh dan keluarga Sundiman, manakala pertalian mereka dengan keluarga Kitingan ialah melalui ibu kepada mendiang Datuk James Ongkili serta Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili iaitu mendiang Battindoi Kondilab Komboon, yang juga merupakan sepupu pangkat pertama kepada adik-beradik Kitingan) dan juga keluarga Imbayan (melalui keluarga Imbayan juga mereka mempunyai pertalian darah dengan keluarga Gohol, Kinsik, Igil, Madais, Insing dan Otigil, iaitu beberapa buah keluarga besar dan ternama di daerah Tambunan).
Beliau juga merupakan seorang saudara yang mesra dan baik serta sangat rapat terhadap adik-beradiknya (tidak kira yang seibu sebapa mahupun yang sebapa lain ibu). Dari cara bersosial dan pergaulan beliau adalah amat mudah bagi menjalinkan hubungan dan senang untuk berurusan dengannya. Beliau mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap orang ramai, disayangi oleh ramai penyokongnya kerana kemurahan hatinya dan nasihat serta input yang tidak ternilai dalam banyak urusan mereka. Dr Jeffrey telah berkahwin dengan Datin Susan dan mempunyai 5 orang anak (tetapi kini berpisah dan berkahwin semula dengan Datin Cecilia Edwin, seorang anak jati daerah Tambunan yang berasal dari Kampung Monsok) dan mempunyai 2 orang anak daripada perkahwinannya yang terkini.
Pendidikan
Jeffrey Kitingan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Curtin pada tahun 1974. Lapan tahun kemudian, beliau telah diberikan ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam sekaligus menamatkan pengajian di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard pada 1982 dan menamatkan pengajian di Sekolah Undang-undang dan Diplomasi Fletcher, Harvard-Tufts pada 1984 dan memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) di universiti tersebut.
Pendidikan Awal
- Government Vernacular School (GVPS) Tondulu, Tambunan (kini SK Pekan Tambunan)
- Sekolah Rendah Kebangsaan St. Theresa Tondulu, Tambunan
- Sekolah Menengah St. Martin Tampasak, Tambunan
- SMK St. Francis Xavier, Keningau
- SM La Salle, Tanjung Aru, Kota Kinabalu
Pendidikan Peringkat Tinggi
- Ijazah Sarjana ‘Sains dan Teknologi,’ Institusi Teknologi Curtin (kini Curtin University), Western Australia (1974);
- Kursus Certificate in Management Consultancy di University of Surrey, United Kingdom pada tahun (1979);
- Master of Public Administration (MPA), Harvard University, Massachusetts, Cambridge, Amerika Syarikat (1982);
- Master of Arts in Law & Diplomacy (M.A.I.D), Tufts University, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (1984); dan
- Doctor of Philosophy (PhD) ‘Political Stability & Economic Development,’ Tufts University, Somerville, Massachusetts, Amerika Syarikat (1984).
Kerjaya Awal
Jeffrey Kitingan memulakan kerjayanya sebagai ketua kerani di Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 1969 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pentadbir luar bandar dan kerani mahkamah di Lahad Datu dan memegangnya selama setahun.
Pada tahun 1975, Jeffrey adalah pegawai eksekutif dan penganalisis pengurusan pada tahun 1976 di jabatan yang sama. Beliau bekerja sebagai penolong pengarah utama di Jabatan Penubuhan Sabah pada 1977-1978.
Pada tahun 1978, beliau memegang jawatan sebagai pengarah Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Sabah. Tujuh tahun kemudian beliau menjadi pengerusi di Institut Kajian Pembangunan.
Pada tahun 1990, beliau memulakan kerjaya politiknya.
Politik
Jeffrey memulakan kerjaya politik dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti yang ditubuhkan oleh abangnya, Joseph Pairin Kitingan. Beliau meninggalkan PBS pada 1994 sebelum kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS tumbang. Kemudian beliau menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebelum menyertai Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).
Jeffrey meninggalkan AKAR ekoran pertelingakahan kepimpinan parti tersebut pada tahun 1999, dan menyertai semula PBS sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri Sabah 1999. Jeffrey bertanding dalam pilihan raya tersebut dan menang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Jeffrey keluar dari PBS dan menyertai semula PBRS dan bertahan kurang dari dua tahun berikutan pertelingkahan kepimpinan parti berkenaan. Selepas itu, beliau menjadi ahli politik bebas, bertanding dan menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
Jeffrey menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum Malaysia 2004 dan dilantik menjadi Naib Presiden. Jeffrey telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden pada 28 Oktober 2009. dan keluar parti tersebut pada 1 Januari 2011.
Pada tahun 2011, beliau kemudiannya menyertai Parti Reformasi Negeri dan mengetuai cawangan parti tersebut untuk negeri Sabah. Pada tahun 2016, beliau telah melakukan penjemanaan semula STAR Chapter Sabah menjadi parti tunggal iaitu Parti Solidariti Tanah Airku. Partinya kini merupakan parti komponen dalam Parti Perikatan Nasional yang membentuk gabungan parti pemerintah, Gabungan Rakyat Sabah.
Dilantik sebagai Senator
Jeffrey pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara (Senator) pada 11 Ogos 1994 dan menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad.
Menggangotai kabinet persekutuan
Pada 11 Ogos 1994, Jeffrey telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad.
Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada 25 Februari 2020, parti pimpinannya membuat penggabungan sebagai pihak keyakinan dan perbekalan dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu dan menumbangkan kerajaan pada ketika itu di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Upacara mengangkat sumpah jawatan dilakukan pada 10 Mac 2020.
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
Jeffrey bersama enam orang pemimpin dari Parti Bersatu Sabah telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1990-1991 kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia. Mereka ditahan selama dua tahun. tetapi Beliau bertegas mengatakan tidak pernah ada plot sedemikian; dan beliau menjadi sasaran pendakwaan politik kerana mempertikaikan alasan Kuala Lumpur yang menafikan hak Sabah seperti dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Menyertai Kabinet Negeri Sabah
Pasca pilihan raya negeri Sabah 2020, Jeffrey telah memenangi kerusi DUN Tambunan untuk kali kedua selepas memenanginya pada 2018. Dalam pilihan raya tersebut, STAR Sabah bersama-sama parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah telah memperoleh kemenangan. Jeffrey telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
Kontroversi
Isu MA63
Jeffrey kitingan dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara tentang 20 Perkara, sehinggakan terjadinya kesalahfahaman politik antara Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Dinamakan sebagai 'Operasi Talkak' 1990-1991, ketika itu DDJK dituduh sebagai dalang untuk memisahkan Sabah daripada Persekutuan Malaysia. Kata beliau,
Mahathir bertujuan manghapuskan 20 Perkara yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Malaya sahaja.
— Jeffrey Kitingan, facebook
Beliau pernah bertemu dengan Tun Dr Mahathir pada Mei 1990, Pertemuan itu adalah untuk membincangkan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri dan bukanlah isu pribadi. Namun beliau membalas komen saya akan 20 perkara adalah:
“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”
— Tun Dr Mahathir
Menurut pandangan Ketua Program Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata:
Jeffrey diperlukan sebagai penggerak sebenar PKR di Sabah dan Sarawak kerana mereka melihat peluang untuk merampas kedua-dua negeri di Borneo itu masih ada dan potensi penggeraknya ialah adik Joseph itu sendiri.
Sewaktu perbahasan sulung beliau di Parlimen, beliau pernah menyatakan secara terbuka
28 tahun yang lalu, pada 13hb. Mei 1991, saya ditahan dibawah ISA kerana menyentuh Hak-hak Sabah dalam 20-Perkara. Apabila saya masuk Politik selepas itu, saya dipanggil “ORANG GILA” kerana berani [Gila] Menuntut Hak-hak Sabah yang pada waktu itu di “haramkan” tetapi dalam PRU-14 semua pemimpin jadi “Gila” kerana dah ikut cakap orang gila dan memasukkan Isu MA63 dan Hak-hak Sabah Sarawak dalam Manifesto Mereka. Jangan “JANJI TERANG BULAN” Sekarang PH dah jadi Kerajaan dan Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri yang Kedua kali. Janganlah jadikan Janji dalam Manifesto “MENGEMBALIKAN HAK DAN STATUS SABAH SARAWAK DALAM 100 HARI” sebagai hanya “JANJI TERANG BULAN” kami bilang kalau di Sabah. Sepertimana yang telah berlaku kepada MA63 selama 55 tahun.
Isu Kredit Karbon
Pada akhir 2021, Mongabay melaporkan bahawa Kitingan terlibat dalam perjanjian kredit karbon yang ditandatangani pada Oktober 2021 yang mengisytiharkan 2 juta hektar sebagai kawasan perlindungan, tanpa perundingan orang asli yang tinggal di san. Kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin orang asli adalah kritikal terhadap kerahsiaan perjanjian dan sama ada akreditasi karbon syarikat, Hoch Standard, mempunyai pengalaman terdahulu untuk melaksanakannya.
Isu Kehadiran Jeffrey di Parlimen
Pada 25 November 2020 yang lalu, kehadiran Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat mengundang pertikaian sesama pembahasan dijalankan setelah disyaki positif Covid-19, antara yang menimbulkan persoalan dan protes adalah Teo Nie Ching (DAP-Kulai), Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai), Datuk Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka). Peristiwa ini dibangkitkan dengan kehadiran Jeffrey di Dewan Rakyat yang disifatkannya bertentangan dengan arahan kuarantin wajib 14 hari ditetapkan Kementerian Kesihatan terhadap mereka yang datang dari Sabah melalui kenyataan Datuk Mohd Azis Jamman.
Kenyataan itu dibalas beliau dengan tenang, setelah beliau merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan beberapa ujian calitan Covid-19 dan darah terhadapnya sejak ketibaannya di Kuala Lumpur pada 12 November lalu. Berikutan itu, Beliau menafikan dakwaan yang turut mengatakan beliau masih berada di Kota Kinabalu pada 13 November lalu. Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan berniat jahat bertujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin.
Keputusan pilihan raya
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | P147 Bandau | Jeffrey Kitingan (AKAR) | 5,851 | 34.98% | Maximus Ongkili (PBS) | 10,716 | 64.06% | 16,927 | 4,865 | 69.72% | ||
| Conrad Mojuntin (Bebas) | 162 | 0.97% | ||||||||||
| 2008 | P180 Keningau | Jeffrey Kitingan (PKR) | 10,334 | 40.53% | Joseph Pairin Kitingan (PBS) | 14,598 | 57.27% | 25,926 | 4,264 | 72.96% | ||
| Peter Kodou (DAP) | 560 | 2.20% | ||||||||||
| 2013 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 11,900 | 33.48% | Joseph Pairin Kitingan (PBS) | 15,818 | 44.50% | 36,098 | 3,918 | 82.73% | |||
| Stephen Sandor (PKR) | 7,825 | 22.02% | ||||||||||
| 2018 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 13,286 | 33.09% | Jake Nointin (WARISAN) | 13,241 | 32.98% | 40,671 | 45 | 79.02% | |||
| Daniel Kinsik (PBS) | 12,742 | 31.74% | ||||||||||
| Jius Awang (PCS) | 433 | 1.08% | ||||||||||
| Maimin Rijan (Bebas) | 248 | 0.62% | ||||||||||
| Justin Guka (Bebas) | 199 | 0.50% | ||||||||||
| 2022 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 23,155 | 42.20% | Grelydia Gillod (DAP) | 15,099 | 27.52% | 55,542 | 8,056 | 62.65% | |||
| Jake Nointin (KDM) | 9,598 | 17.49% | ||||||||||
| Rasinin Kautis (WARISAN) | 7,020 | 12.79% | ||||||||||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1994 | N25 Bingkor | Jeffrey Kitingan (PBS) | 6,408 | 68.57% | Injon Sedomon (PBRS) | 2,249 | 24.07% | 9,415 | 4,159 | 78.06% | ||
| Ayub Aman (Bebas) | 688 | 7.36% | ||||||||||
| 1999 | N28 Bingkor | Jeffrey Kitingan (PBS) | 8,339 | 61.19% | Joseph Kurup (PBRS) | 4,871 | 35.75% | 13,744 | 3,468 | 72.30% | ||
| Kuilan Anggau (BERSEKUTU) | 395 | 2.90% | ||||||||||
| Peter Kodou (Bebas) | 22 | 0.16% | ||||||||||
| 2004 | N37 Sook | Jeffrey Kitingan (Bebas) | 3,578 | 45.83% | Joseph Kurup (PBRS) | 3,973 | 50.90% | 7,984 | 395 | 70.53% | ||
| Yapilin Nawawi (IND) | 255 | 3.27% | ||||||||||
| 2008 | N33 Bingkor | Jeffrey Kitingan (PKR) | 4,418 | 47.51% | Justin Guka (UPKO) | 4,589 | 49.34% | 9,455 | 171 | 70.88% | ||
| Uling Anggan (Bebas) | 164 | 1.76% | ||||||||||
| Victor Leornadus (Bebas) | 129 | 1.39% | ||||||||||
| 2013 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 5,350 | 42.05% | Kennedy Jie John (UPKO) | 4,894 | 38.47% | 12,908 | 456 | 81.40% | |||
| Ahmad Shah Hussein Tambakau (PKR) | 2,368 | 18.61% | ||||||||||
| Ricky Sedomon (Bebas) | 111 | 0.87% | ||||||||||
| 2018 | N32 Tambunan | Jeffrey Kitingan (STAR) | 6,136 | 46.78% | Joseph Pairin Kitingan (PBS) | 5,099 | 38.86% | 13,322 | 1,037 | 82.00% | ||
| Justin Alip (WARISAN) | 1,427 | 10.88% | ||||||||||
| Nestor Joannes (PCS) | 456 | 3.48% | ||||||||||
| 2020 | N39 Tambunan | Jeffrey Kitingan (STAR) | 8,691 | 75.21% | Laurentius Nayan Yambu (UPKO) | 1,899 | 16.44% | 11,555 | 6,792 | 69.98% | ||
| Silverius Bruno (PBS) | 439 | 3.80% | ||||||||||
| Damian Richard Marcus Podtung (PCS) | 326 | 2.82% | ||||||||||
| Nordin Jaini (PGRS) | 140 | 1.21% | ||||||||||
| Jimmy Palikat (Bebas) | 60 | 0.52% | ||||||||||
| 2025 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 12,595 | 65.79% | Victor P Paut (GAGASAN) | 5,284 | 27.60% | 19,144 | 7,311 | 66.15% | |||
| Bianus Kontong (WARISAN) | 738 | 3.85% | ||||||||||
| Jikol Tagua (KDM) | 242 | 1.26% | ||||||||||
| Dionysia Ginsos (ANAK NEGERI) | 151 | 0.79% | ||||||||||
| Gulit Rukang (SPP) | 68 | 0.36% | ||||||||||
| Kenneth Edwin (IMPIAN) | 66 | 0.34% | ||||||||||
Kesihatan
Dari Disember 2007 hingga Mei 2008, selama enam bulan beliau terlantar di katil akibat kemalangan dan hampir lumpuh.
Pada 3 Januari 2021, Jeffrey Kitingan didapati positif penyakit Coronavirus (COVID-19) dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau dan isterinya pulih dari Covid-19 pada 16 Januari 2021.
Penulisan
Buku
- Pembangunan Insan: Pendekatan Baru Yayasan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar (1990) ISBN 967-9910-21-0
- Justice for Sabah
Jawatan
- Kerajaan Malaysia
- Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (2020)
- Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia (1994-1995)
- Dewan Rakyat Malaysia
- Ahli Parlimen Keningau (kawasan persekutuan)
- Senator Dewan Negara
- Kerajaan Negeri Sabah
- Timbalan Ketua Menteri Sabah
- Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah
- Timbalan Ketua Menteri Sabah
- Dewan Undangan Negeri Sabah
- Ahli Dewan Negeri Bingkor
- Ahli Dewan Negeri Tambunan
- Perikatan Nasional
- Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional
- Parti Bersatu Sabah
- Parti Keadilan Rakyat
- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
- Parti Solidariti Tanah Airku
- Presiden Parti
- Parti Reformasi Negeri
- Perhubungan Sabah
- Pertubuhan Antarabangsa Dayak (DIO)
- Presiden
- LEMBAGA PENGARAH INNOPRISE CORPORATION SDN. BHD.
- Pengerusi
Anugerah dan penghargaan
Malaysia
- Malaysia:
- Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2022)
- Sabah:
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (1986)
