Yang Berhormat Datuk Isnin Aliasnih (lahir 1 Julai 1965) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Klias. Beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) yang berasal dari Beaufort, Sabah.
Keluarga
Beliau telah berkahwin dengan Datin Faridah Mohd Ismail.
Politik
Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.
Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan dan keluar dari parti berkenaan pada tahun 2022 untuk menyertai parti tempatan Sabah.
Pada tahun 2023, Isnin Aliasnih telah mengumumkan untuk menyertai GAGASAN, sebuah parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).