Allahyarham Ibrahim Faizal Din atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Din (1929 – 16 Jun 1996) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P. Ramlee dan A. R. Tompel.
Kerjaya
Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P. Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Abu Nawas, Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon.
Kematian
Ibrahim Din meninggal dunia pada 16 Jun 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1961 | Abu Nawas | Filem pertama | |
| 1966 | Gadis Langkawi | ||
| Sabarudin Tukang Kasut | Ahmad Tipulizam | ||
| Do Re Mi | Mi (Minami) | ||
| Nasib Do Re Mi | Mi | ||
| 1968 | Anak Bapak | Salleh | |
| 1972 | Laksamana Do Re Mi | Mi | |
| 1978 | Gila-Gila | Mamak | |
| 1982 | Kami | Mamak | |
| 1983 | Bertunang | Kassim | |
| 1984 | Anak Niat | Orang Kaya Ali | |
| Pagar-Pagar Cinta | Tuan Hashim | ||
| 1985 | Bujang Selamat | Tok Guru Sekolah Persilatan Naga Berapi | |
| 1986 | Jejaka Perasan | Mamak | |
| Si Jantung Hati | Orang Kaya Mi | ||
| 1989 | Kembar Siam | Penerbit Filem | Filem terakhir |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1964 | Mata Permata | Bomoh | TV1 | Telefilem pertama dan terakhir, sebagai pelakon undangan |
Pautan luar
- Ibrahim Din di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
