factograf
MS

IRC

IRC

Key facts

masa permulaan1989
tarikh penerbitan1988
contohSembang dalam talian, bahantara

IRC (Internet Relay Chat, harfiah Sembang Trimantar Internet) ialah sebuah bentuk protokol sembang maya di Internet yang mana penghuninya boleh berbual dengan menaip pada papan kekunci secara masa nyata. IRC mendapat sambutan pada suatu ketika dahulu. Ia direka untuk komunikasi kumpulan dalam forum perbincangan, dipanggil saluran. Pada hari ini, pelbagai khidmat pemesejan segera yang merupakan pilihan kepada IRC lebih diminati oleh pengguna baru.

Terdapat beribu-ribu saluran IRC yang meliputi pelbagai tajuk. Seseorang itu dapat menyertai kumpulan perbincangan di salah satu daripada ribuan saluran IRC, di salah satu daripada ratusan jaringan IRC, atau sekadar berbual secara peribadi bersama keluarga atau kawan, di mana saja mereka berada. Terdapat pelbagai ragam dan minat manusia, idea, dan isu di dalam IRC.

Pelanggan IRC

Untuk menyertai IRC, seseorang perlu menggunakan atur cara pelanggan IRC. Kesemua pelanggan adalah bersambung antara satu sama lain dan menghantar mesej dari pengguna kepada pengguna yang lain di dalam jaringan IRC. Antara pelanggan IRC yang paling popular dalam Windows ialah mIRC.

Lihat juga

  • Bilik sembang
  • Protokol pelanggan-ke-pelanggan

Pautan luar

  • (Melayu) Pengenalan IRC dan mIRC
  • (Melayu) Panduan penggunaan mIRC Diarkibkan 2004-06-03 di Wayback Machine
  • (Indonesia) Pengenalan IRC untuk pengguna baru

Read next

In 66 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article