factograf
MS
Sign in

Histamin

Histamin

Key facts

contohkelas entiti kimia
jisim111
dijelaskan oleh sumberEnsiklopedia Besar Soviet (1926–1947)

Histamin adalah sebatian organik nitrogen yang terlibat dalam tindak balas imun setempat serta mengawal fungsi fisiologi dalam usus dan bertindak sebagai neurotransmiter untuk otak, sumsum tulang belakang dan rahim. Bahan ini terlibat dalam tindak balas radangan dan berperanan utama sebagai pengantara kegatalan. Histamin dihasilkan oleh basofil dan sel-sel mast ditemui berdekatan tisu penghubung sebagai sebahagian daripada tindak balas imun untuk patogen asing. Ia meningkatkan kebolehan sel-sel darah putih dan protein tertentu menelap masuk pembuluh darah agar dapat mendekati patogen dalam tisu yang dijangkiti.

Sifat

Bes histamin yang diperolehi sebagai sebatian minyak galian cair pada suhu 83-84 °C. Garam-garam hidroklorida dan fosforusnya membentuk kristal putih higroskopik yang mudah larut dalam air atau etanol, tapi tidak dalam eter.

Mekanisme

Produk histamin pada keadaan normal terdapat secara semula jadi dan berasal dari pertukaran zat histidin melalui proses dekarboksilasi secara berpemangkin enzim. Asid amino histidin yang terkandung dalam makanan kaya protein dan telah dikonsumsikan melalui makanan akan masuk ke dalam tubuh. Pada berbagai jaringan tubuh, terutama pada usus besar, histidin akan diubah menjadi histamin.

Fungsi dalam badan

Histamin berperanan sangat penting meskipun mempunyai saiz molekul yang agak kecil berbanding molkul-molekul biologikal yang lain (dengan hanya 17 atom). Ia dikenali terbabit dalam 23 fungsi fisiologi yang berbeza.

Peredaran darah

Histamin yang dimasukkan secara terus ke dalam pembuluh darah akan meyebabkan pengembangan saluran-saluran ini lalu merendahkan tekanan darah dalam badan.

Tindak balas imun

Increased vascular permeability causes fluid to escape from capillaries into the ke dalam tisu-tisu lalu menyebabkan hidung dan mata yang berair iaitu gejala-gejala biasa yang ada dalam suatu tindak balas terhadap sesuatu alahan. Allergen boleh mengikat dengan sel mast yang sarat dengan IgE dalam membran bermukus rongga nasum lalu menyebabkan:

  1. Bersin akibat stimulasi neural deria hasil histamin
  2. Perembesan daripada tisu glandular
  3. Penyumbatam hidung hasil pembengkakan vaskular berkaitan dengan vasodilasi dan kemudahtelapan kapilari permeability

Sejarah

Bahan ini mula-mula diketahui sebagai β-iminazolylethylamine yang pertama kali digambarkan pada tahun 1910 oleh British Henry H. Dale dan P. P. Laidlaw. Nama histamin telah digunakan sejak 1913 gabungan histo- + -amine, (yakni "amina tisu").

Pautan luar

  • Histamine MS Spectrum
  • DrugBank EXPT01785

Read next

In 66 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article