factograf
MS

Hipoglisemia

Hipoglisemia
All data from the card 7
Punca
Ubatan anti-diabetik (insulin dan sulfonilurea), sepsis, kegagalan buah pinggang, ketumbuhan tertentu, penyakit hati
Biasa mula berlaku
Segera
Jenis
Senarai Penyakit metabolisme glukosa, pancreas disease (en)
Gejala
Kecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan
Pengkhususan
Endokrinologi
Kaedah diagnosis
Tahap gula darah tinggi < 3.9 mmol/L (70 mg/dL)
Langkah rawatan
Pemakanan gula mudah, dekstrosa, glukagon yang tinggi

Hipoglisemia berlaku apabila kandungan gula darah menurun ke tahap bawah normal. Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai simptom yang muncul dengan segera termasuk kecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan atau maut. Rasa lapar, berpeluh, menggigil serta lemah badan juga boleh timbul daripada keadaan ini.

Sebab

Satu sebab utama penyakit ini adalah pengambilan ubatan merawat diabetes mellitus seperti insulin dan sulfonilurea. Penghidap kencing manis yang makan kurang daripada pengambilan seharian, bersenam lebih daripada yang biasa diamalkan, ataupun telah meminun alkohol lebih berisiko tinggi mengalami hipoglisemia. Antara sebab-sebab lain hipoglisemia termasuk kegagalan buah pinggang, ketumbuhan tertentu seperti insulinoma, penyakit hati, hipotiroidisma, kebuluran, inborn error of metabolism, jangkitan parah, hipoglisemia reaktif dan beberapa jenis dadah termasuk alkohol. Tahap gula darah yang rendah juga dapat dikesan pada bayi sihat yang tidak makan selepas beberapa jam.

Diagnosis

Tahap glukosa yang dikira dalam hipoglisemia berubah-ubah bergantung kepada lingkungan usia. Mereka yang mempunyai tahap diabetes di bawah 3.9 mmol/L (70 mg/dL) berdiagnosis. Dalam kalangan orang dewasa yang sihat dan tidak menghidap kencing manis; simptom yang berkaitan dengan tahap gula darah yang rendah, tahap gula yang rendah sewaktu kemunculan simptom ini serta peningkatan selepas gula darah diseimbangkan semula mengesahkan diagnosis tersebut. Tahap bawah 2.8 mmol/L (50 mg/dL) selepas makan atau menjalani aktiviti senaman boleh digunakan sebagai takat jika sebaliknya. Tahap yang dinilai bagi bayi baru lahir pula adalah di bawah 2.2 mmol/L (40 mg/dL) atau kurang daripada 3.3 mmol/L (60 mg/dL) bersertakan dengan simptom-simptom yang sah. Ujian lain yang juga berguna untuk menentukan sebab penyakit ini termasuk tahap kandungan insulin dan peptida C dalam darah. Hiperglisemia adalah keadaan yang berlawanan bagi penyakit ini.

Read next

In 61 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article