factograf
MS
Sign in

Harderwijk

Harderwijk

Key facts

jumlah penduduk50,000
keluasan48.27km²
contohperbandaran di Belanda
negaraBelanda
ketinggian dari aras laut3m
ketua kerajaanJeroen Joon
All data from the card 16
Negara
Belanda
Wilayah
Gelderland
• Body
Majlis perbandaran
• Datuk Bandar
Harm-Jan van Schaik (CDA)
• Jumlah
48.27 km2 (18.64 batu persegi)
• Land
38.59 km2 (14.90 batu persegi)
• Water
9.68 km2 (3.74 batu persegi)
Ketinggian
3 m (10 ft)
• Jumlah
46,694
• Kepadatan
1,210/km2 (3,100/batu persegi)
Demonym
Harderwijker
Zon waktu
UTC+1 (CET)
• Musim panas (WMP)
UTC+2 (CEST)
Poskod
3840–3849
Nombor pendailan
0341
Tapak sesawang
www.harderwijk.nl
Peta topografi Harderwijk, Mac 2014
Peta topografi Harderwijk, Mac 2014
Harderwijk juga sebuah kampung dalam kawasan perbandaran Belanda di Opmeer.

Harderwijk ( (bantuan·info)) ialah nama wilayah perbandaran serta juga nama kota kecil di Gelderland, Belanda timur. Pada hari ini, ia mungkin paling terkenal kerana dolfinariumnya. Dolfinarium ialah taman mamalia laut yang menonjolkan pertunjukan dolfin, selain daripada menyimpan pelbagai mamalia laut dan ikan.

Sejarah

Harderwijk, gereja: de Grote Kerk
Harderwijk, gereja: de Grote Kerk
Harderwijk, pintu: de Vischpoort
Harderwijk, pintu: de Vischpoort
Harderwijk, kincir angin
Harderwijk, kincir angin
3 images

Harderwijk dianugerahkan dengan hak kota pada 1231 oleh Count Otto II dari Guelders. Sebuah tembok pertahanan yang mengelilingi kota itu disiapkan pada akhir abad itu. Bahagian kota yang paling lama terletak berhampiran dengan jalan raya Hoogstraat dan jalan raya Grote Poortstraat kini. Pada sekitar 1315, kota itu berkembang pada arah selatan yang merangkumi apa yang kini digelar Grote Kerk (Gereja Besar). Peluasan yang kedua, kini pada arah utara, berlaku pada sekitar 1425. Kebanyakan temboknya masih wujud pada hari ini, khususnya tembok pada sebelah barat kota ini, walaupun ia bukan bentuk asal pada keseluruhannya. Serupa juga keadaannya bagi Vischpoort, satu-satunya pintu kota yang masih wujud.

University of Harderwijk beroperasi di kota ini antara 1648 sehingga 1811, apabila ia ditutup oleh Napoleon Bonaparte, bersama-sama dengan universti Zutphen dan universiti Franeker.

Harderwijk ialah anggota Liga Hansa pada zaman silam. Ketika itu, ia terletak di pantai Zuider Zee (Laut Selatan, kini IJsselmeer) dan justera, ekonominya sangat bergantung kepada perikanan dan kehidupan sebagai pelaut. Bagaimanapun, kesemua ini berubah selepas 1932, apabila Zuiderzee disekat dari Laut Utara atas alasan keselamatan. Oleh itu, Harderwijk kini tidak memnpunyai banyak kapal nelayan di pelabuhannya, kecuali perahu layar. Peristiwa tahunan yang melambangkan pentingnya industri perikanan kepada Harderwijk pada suatu ketika ialah Aaltjesdag yang dapat diterjemahkan sebagai "Hari Ikan Belut". Ikan masih dapat dibeli di kota ini dari gerai dan restoran di jalan berhias pada sepanjang tahun kecuali bulan-bulan musim sejuk. Pelancong merupakan pelanggan yang biasa. Bagaimanapun, perikanan kini tidak lagi merupakan mata pencarian orang tempatan.

Read next

In 51 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article