Goguryeo atau Koguryŏ (Hangul: 고구려; hanja: 高句麗) (37 SM – 668 M) merupakan salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea, yang terletak di bahagian utara dan tengah Semenanjung Korea serta bahagian selatan dan tengah wilayah Manchuria. Kerajaan ini memainkan peranan yang aktif dalam pergelutan kuasa untuk mengawal kawasan semenanjung dan juga yang berkaitan dengan ketatanegaraan antara China (Dinasti Han) dan Jepun (Zaman Yamato).
Dalam catatan Samguk Sagi (삼국사기; 三國史記), menunjukkan bahawa Goguryeo diasaskan oleh putera Jumong, seorang putera dari Buyeo pada 37 SM, walaupun terdapat bukti arkeologi dan berteks daripada monograf geografi Cina yang mencadangkan Goguryeo mungkin telah wujud sejak abad ke-2 SM iaitu ketika zaman kejatuhan Gojoseon, kerajaan sebelum ini yang juga menduduki selatan Manchuria dan utara Korea.
Goguryeo ketika zaman pengembangan kuasanya adalah suatu wangsa utama di Asia Timur sebelum ia dikalahkan oleh perikatan Silla–Tang pada 668 M. Selepas kejatuhannya, wilayah Goguryeo dibahagikan kepada kepada kerajaan Silla Bersatu, Balhae dan Tang.
Sejarah

Pengasasan kerajaan
Menurut catatan Samguk Sagi dan Samguk Yusa, seorang putera dari Buyeo, bernama Jumong melarikan diri selepas berlaku perebutan kuasa dengan putera–putera lain dalam kerajaan Buyeo dan mengasaskan kerajaan Goguryeo pada 37 SM di dalam kawasan yang dikenali sebagai Jolbon, di mana ia dianggap terletak di lembangan sungai T'ung-chia dan Yalu tengah, yang menindih sempadan di antara China–Korea Utara pada hari ini. Sesetengah sarjana percaya bahawa Goguryeo mungkin telah diasaskan pada abad ke-2 SM. Di dalam monograf ilmu alam Han Shu, perkataan 'Goguryeo' (高句麗) pertama kali disebut pada 113 SM sebagai kawasan di bawah pemerintahan daerah Xuantu. Dalam Buku Lama Tang (945 M), adalah direkodkan bahawa Maharaja Taizong merujuk sejarah Goguryeo berusia 900 tahun.
Pada 75 SM, sekumpulan puak Yemaek (puak proto Goguryeo), yang mungkin berasal dari Goguryeo membuat serangan ke atas daerah Xuantu di barat lembah sungai Amnok.
Bibliografi
- Byeon, Tae-seop. 韓國史通論 (dalam bahasa Korea). Jil. 4. ISBN 89-445-9101-6.
{{cite book}}: Unknown parameter|trans_title=ignored (|trans-title=suggested) (bantuan) - Pozzi, Alessandra; Janhunen, Juha Antero; Weiers, Michael, eds. (2006). Tumen Jalafun Jecen Aku: Manchu Studies in Honour of Giovanni Stary. Jilid 20 Tunguso Sibirica. Giovanni Stary (Penyumbang). Otto Harrassowitz Verlag. ISBN 344705378X. Diambil 1 April 2013.
Pautan luar
- Maklumat tentang Goguryeo
- Goguryeo di Yayasan Sejarah Asia Timur Laut
