factograf
MS

Gangwon

Gangwon

Key facts

jumlah penduduk1,539,274
keluasan16,874km²
negaraKorea Selatan
ibu kotaChuncheon
ketua kerajaanChoi Moon-soon
terletak di entiti wilayah pentadbiranKorea Selatan
All data from the card 15
Nama Hangul
강원도
Nama Hanja
江原道
Nama Perumian Semakan
Gangwon-do
Negara
Korea Selatan
Ibu kota
Chuncheon
Kawasan
Gwandong (Yeongseo; Yeongdong)
Subpembahagian
7 kota dan 11 kaunti
Gabenor
Choi Moon-soon
Luas
16,874 km2 (6,515 bt persegi) (Ke-2)
Populasi (2010)
1,471,513 (Ke-8)
Kepadatan
230/km2 (87/bt persegi)
Loghat
Gangwon
Bunga
Azalea Diraja
Pokok
Pain Korea
Burung
Jenjang Mahkota Merah

Gangwon atau Gangwon-do (sebutan bahasa Korea: ) ialah sebuah wilayah di Korea Selatan, dengan ibu kotanya di Chuncheon. Ia bersempadan di bahagian timur oleh Laut Timur, dan sempadan Wilayah Gyeonggi di baratnya, dan Wilayah Gyeongsang Utara dan Wilayah Chungcheong Utara di selatannya. Sempadan utaranya ialah Garis Penandaan Tentera, yang memisahkannya dari Wilayah Kangwŏn di Korea Utara. Sebelum pembahagian Korea pada tahun 1945, Gangwon dan Kangwŏn membentuk sebuah wilayah. Kaunti Pyeongchang di wilayah ini menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dan Paralimpik Musim Sejuk 2018.

Sejarah


Gangwon-do adalah salah sebuah daripada Lapan Wilayah Korea semasa Dinasti Joseon. Wilayah ini dibentuk pada tahun 1395, dan berasal dari nama-nama kota utama Gangneung (강릉; 江陵) dan ibukota provinsi Wonju (원주; 原州).

Pada 1895, Gangwon-do digantikan oleh Daerah Chuncheon (Chuncheon-bu; 춘천부; 春川府) di barat dan Gangneung (Gangneung-bu; 강릉부; 江陵府) di timur. (Wonju menjadi sebahagian daripada Daerah Chungju.)

Pada tahun 1896, Korea telah dibahagikan kepada tiga belas buah wilayah, dan kedua-dua buah daerah telah digabungkan untuk membentuk semula Wilayah Gangwon-do. Walaupun Wonju bergabung dengan wilayah Gangwon-do, ibu kota wilayah itu dipindahkan ke Chuncheon, hingga ke hari ini.

Pautan luar

Read next

In 60 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article