factograf
MS
Sign in

Sitkom animasi Amerika

Family Guy

Family Guy
All data from the card 15
Genre
Komedi
Format
Animasi
Pencipta
Seth MacFarlane
Dibangunkan oleh
Seth MacFarlaneDavid Zuckerman
Pelakon suara
Seth MacFarlaneAlex BorsteinSeth GreenMila KunisMike Henry
Penggubah lagu tema
Walter Murphy
Penggubah
Walter MurphyRon Jones
Negara asal
Amerika Syarikat
Bilangan musim
25
Bilangan episod
462 (Senarai episod)
Penerbit eksekutif
Lolee AriesDavid A. GoodmanSeth MacFarlaneDaniel PalladinoDavid PritchardDavid Zuckerman
Tempoh siaran
20–23 minit
Saluran asal
Fox
Format gambar
480i (SDTV)
Siaran asal
31 Januari 1999 – 14 Februari 2002 1 Mei, 2005 – kini

Family Guy ialah sebuah Sitkom animasi Amerika yang dicipta oleh Seth MacFarlane untuk Fox Broadcasting Company. Siri ini ditayangkan pada 31 Januari 1999, selepas Super Bowl XXXIII, dengan baki musim pertama disiarkan dari 11 April 1999. Pertunjukan ini berpusat di sekitar Griffins, sebuah keluarga disfungsional yang terdiri daripada ibu bapa Peter dan Lois, anak-anak mereka, Meg, Chris, dan Stewie, serta anjing peliharaan anthropomorphic, Brian. Berlatarbelakangkan bandar fiksyen Quahog, Rhode Island, pertunjukan ini memaparkan kebanyakan humornya dalam bentuk metafiksi gag potong yang sering mengkritik budaya Amerika.

Family Guy dibatalkan pada tahun 2000 dan sekali lagi pada tahun 2002, tetapi jualan DVD yang hebat serta bilangan penonton yang besar untuk tayangan semula Adult Swim yang dikendalikan oleh Cartoon Network meyakinkan Fox supaya menyambung semula pertunjukan tersebut pada tahun 2005. Filem ini merupakan filem terbatal yang pertama untuk dihidupkan semula berdasarkan jualan DVD dan lebih ketara lagi, pertunjukan terbatal yang tunggal untuk dihidupkan semula sebanyak dua kali atas alasan tersebut.

Pada 26 Januari 2023, FOX mengumumkan bahawa siri ini telah diperbaharui untuk musim 22 dan 23, membawa rancangan itu melalui musim televisyen 2024–25. Musim 22 ditayangkan pada 1 Oktober 2023. Family Guy berpindah ke malam Rabu bermula 6 Mac 2024, menandakan kali pertama rancangan itu disiarkan pada malam minggu sejak 2002.

Sejarah

Musim pertama dan kedua Family Guy ditayangkan pada tahun 1999 selepas filem Larry shorts (pendahulunya) menarik perhatian Fox Broadcasting Company semasa iklan Super Bowl 1999. Pembatalannya kemudian diumumkan, akan tetapi sebuah peralihan kuasa di Fox serta bantahan yang kuat daripada para peminat menyebabkan kebalikan keputusan dan selepas penayangan musim ketiga, ia dibatalkan semula. Penayangan semula oleh Adult Swim yang menarik banyak peminat serta jualan DVDnya yang melebihi 2.2 juta salinan setiap tahun menyebabkan minat Fox dibaharui. Penerbitan Family Guy disambung semula pada tahun 2004, dengan dua musim tambahan (lima pada jumlahnya) serta filem terus-ke-DVD, Stewie Griffin: The Untold Story, dihasilkan. Musim keenam mula disiarkan pada musim luruh 2007, dengan pertunjukan itu merayakan episod ke-100 dan menyebabkan pensindiketan pertunjukan tersebut. Pertunjukan itu telah dibaharui untuk musim ketujuh, dengan siarannya dijadualkan untuk musim luruh 2008.

Barisan pelakon

Barisan pelakon utama dan peranan masing-masing adalah seperti yang berikut:

  • Seth MacFarlane yang menyuarakan Peter Griffin, Stewie Griffin, Brian Griffin, Glenn Quagmire, dan Tom Tucker;
  • Alex Borstein sebagai Lois Griffin, Loretta Brown (sehingga watak itu ditamatkan pada musim keempat), dan Trisha Takanawa;
  • Seth Green sebagai Chris Griffin; dan
  • Mila Kunis sebagai Meg Griffin.

Selain daripada watak yang tersenarai di atas, para pelakon utama juga menyuarakan untuk sebilangan watak berulangan serta menyamar orang yang termasyhur dan ikon budaya pop.

Barisan pelakon yang berulangan termasuk:

  • Patrick Warburton sebagai Joe Swanson;
  • Mike Henry sebagai Cleveland Brown;
  • Adam West sebagai datur bandar Adam West;
  • Jennifer Tilly sebagai Bonnie Swanson;
  • John G. Brennan sebagai Mort Goldman;
  • Nicole Sullivan sebagai Muriel Goldman;
  • Carlos Alazraqui sebagai Jonathan Weed (sehingga watak itu ditamatkan pada musim ketiga);
  • Adam Carolla sebagai Death (tidak termasuk kemunculan pertama ketika watak itu disuarakan oleh Norm MacDonald); dan
  • Lori Alan sebagai Diane Simmons.

Lacey Chabert menyuarakan Meg Griffin untuk musim pertama (15 episod). Walaupun demikian, beliau tidak diberikan sebarang penghargaan kerana persetujuan berkontraknya. Bagaimanapun, beliau akhirnya dihargai pada akhir Rancangan Istimewa Episod Ke-100 Family Guy yang menonjolkan petikan karyanya.

Episod

Series overview

MusimEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
17Januari 31, 1999Mei 16, 1999
221September 23, 1999Ogos 1, 2000
322Julai 11, 2001November 9, 2003
430Mei 1, 2005Mei 21, 2006
518September 10, 2006Mei 20, 2007
612September 23, 2007Mei 4, 2008
716September 28, 2008Mei 17, 2009
821September 27, 2009Jun 20, 2010
918September 26, 2010Mei 22, 2011
1023September 25, 2011Mei 20, 2012
1122September 30, 2012Mei 19, 2013
1221September 29, 2013Mei 18, 2014
1318September 28, 2014Mei 17, 2015
1420September 27, 2015Mei 22, 2016
1520September 25, 2016Mei 21, 2017
1620Oktober 1, 2017Mei 20, 2018
1720September 30, 2018Mei 12, 2019
1820September 29, 2019Mei 17, 2020
1920September 27, 2020Mei 16, 2021
2020September 26, 2021Mei 22, 2022
2120September 25, 2022Mei 7, 2023
22151 Oktober 202317 April 2024
232014 Oktober 2024kini

Pautan luar


Didahului oleh:
3rd Rock from the Sun
1998
Super Bowl
lead-out program
1999
Diikuti oleh:
The Practice
2000


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

Read next

In 86 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article