Electronic Arts (EA) (NASDAQ: ERTS) adalah penerbit, pemasar, pembangun serta pengedar permainan video berpangkalan di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Trip Hawkins, syarikat tersebut menjadi perintis kepada industri permainan komputer rumah serta dikenali kerana mempromosikan pereka serta pengaturcara yang bertanggungjawab terhadap permainan keluaran mereka. Awalnya, EA merupakan penerbit permainan komputer rumah. Pada lewat 1980-an, syarikat tersebut mula membangunkan permainan sendiri serta menyokong konsol permainan pada awal 1990-an. EA kemudian berkembang melalui penguasaan beberapa syarikat pembangun berjaya. Sehingga awal dekad 2000-an, EA menjadi penerbit permainan video ketiga terbesar di dunia. Pada Mei 2008, syarikat telah merekodkan pulangan bersih sejumlah AS$4.02 bilion pada tahun fiskal 2008. Pada masa sekarang, permainan EA paling berjaya ialah permainan sukan yang diterbitkan di bawah label EA Sports, permainan berasaskan filem berlesen serta permainan daripada francais yang berterusan seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer serta judul lebih kemudian bagi siri Burnout.
Electronic Arts
Key facts
masa permulaan28 Mei 1982
contohpenerbit permainan video, pembangun hibira, syarikat awam
negaraAmerika Syarikat
pengasasTrip Hawkins
All data from the card 17
- Jenis/bentuk sah
- Awam (NASDAQ: ERTS)
- ISIN
- US2855121099
- Industri
- Permainan video
- Ditubuhkan
- 27 Mei 1982
- Pengasas
- Trip Hawkins
- Ibu pejabat
- Redwood City, California, AS
- Keluaran
- Perisian, permainan video
- Hasil
- ▲$4.02 bilion USD (2008)
- Pendapatan kendalian
- 1,332,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022)
- Pendapatan bersih
- ▲$339 juta USD (2008)
- Modal
- 38,830,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022)
- Jumlah aset
- 13,288,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021)
- Jumlah ekuiti
- 7,840,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021)
- Bilangan kakitangan
- 7,900 (2007)
- Pembahagian
- EA Kanada, Maxis Software, Electronic Arts (United Kingdom)
- Anak syarikat
- PopCap Games, Softcannon, EA Sports, Electronic Arts K.K., Respawn Entertainment, DICE, EA Studios Japan, EA Bright Light, Bullfrog Productions, Maxis Software, Criterion Games, Glu Mobile, Electronic Arts GmbH
- Tapak web
- www.ea.com
Read next
In 70 languages
msالعربيةمصرىasturianuazərbaycancaتۆرکجهбеларускаябългарскиবাংলাbrezhonegbosanskicatalàکوردیčeštinadanskDeutschΕλληνικάEnglishEsperantoespañoleestieuskaraفارسیsuomifrançaisgalegoעבריתhrvatskimagyarհայերենBahasa IndonesiaIdoíslenskamedžuslovjanskyitaliano日本語ქართული한국어lietuviųlatviešuмакедонскимонголNederlandsnorsk nynorsknorskpolskiportuguêsRuna Simiromânăрусскийсаха тылаsrpskohrvatski / српскохрватскиSimple Englishslovenčinaslovenščinashqipсрпски / srpskisvenskaไทยTagalogTürkçeтатарча / tatarçaукраїнськаاردوoʻzbekcha / ўзбекчаTiếng Việt吴语閩南語 / Bân-lâm-gí粵語中文
Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article