factograf
MS
Sign in

Edvard Munch

Edvard Munch

Key facts

tarikh lahir12 Disember 1863
tarikh kematian23 Januari 1944
dididik diOslo Cathedral School
pekerjaanpelukis, seniman grafik, ahli seni cetak
tempat lahirÅdalsbruk
genrepotret
All data from the card 5
Kelahiran
12 Disember 1863Ådalsbruk, Løten, Norway
Meninggal dunia
23 Januari 1944 (umur 80)Oslo, Norway
Warganegara
Norway
Terkenal kerana
Cat dan seni grafik
Gerakan politik
Ekspresionisme, SImbolisme

Edvard Munch [, éd.vart mungk], (12 Disember 1863 – 23 Januari 1944) merupakan seorang pelukis dari Norway. Beliau paling dikenali dengan salah satu lukisannya, Der Schrei der Natur.

Biografi

Awal hidup

Edvard Munch lahir di sebuah rumah ladang di Ådalsbruk, Løten, Norway; beliau anak kedua lima adik-beradik kepada Laura Catherine Bjølstad dan Christian Munch, anak seorang paderi yang bekerja sebagai doktor. Keluarga sebelah bapanya mempunyai seberapa orang terkenal - seorang bapa saudaranya Jacob pelukis manakala seorang lagi, Peter Andreas Munch, sejarawan terkenal atas kerjanya mentafsir saga menceritakan salasilah dan sejarah tamadun Viking.

Keluarga Munch berpindah ke kota Christiania (kini Oslo) pada tahun 1864 apabila ayah Munch dipindahkan kerjanya dalam markas tentera sana. Ibunya meninggal dunia akibat batuk kering tahun 1868; dia dan adik-beradiknya dibesarkan bapanya dan seorang ibu saudara mereka Karen. Edvard sering dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik sampai mengurung diri daripada bersekolah, ayahnyalah yang mengajarnya sejarah dan sastera. Sambil ini juga, Edvard melukis-lukis untuk mengisi kelapangan masanya dalam rumah.

Kerjaya seni

Senja hidup

Karya-karya Munch sendiri ditempelak rejim Nazi di Jerman bersama seniman-seniman semasanya seperti Pablo Picasso, Paul Klee, Henri Matisse, Paul Gauguin sebagai "seni hina" (Entartete Kunst) yang dilihat Adolf Hitler sebagai "gasar", "kuno" dan "primitif". Sebanyak 82 buah karya Munch dikeluarkan daripada muzium-muzium serata Jerman, namun banyak ada yang berjaya dibelikan semula dan disorokkan.

Munch meninggal dunia berhampiran Oslo pada 23 Januari 1944 sebulan selepas hari jadinya ke-80, pihak Nazi mengambil kesempatan mempergunakan kematian ini dengan mengadakan pengebumian hebat untuknya sebagai penunjukkan kuasa sehingga ada dalam kalangan warga Norway menyangka Munch menyokong pihak Nazi.

Estet Munch dibeli pemerintah kota Oslo tahun 1946, karya-karya Munch yang terselamat pula diamanahkan kepada kota tersebut lalu ditempatkan dalam muzium khas yang dibina tahun 1963 di Tøyen: muzium ini selaku estet tunggal rasminya mempamerkan kira-kira 1,100 buah lukisan, 4,500 buah lakaran dan 18,000 buah cetakan dihasilkan beliau.

Gaya seni

Pengkaryaan beliau sangat dipengaruhi pengalaman ngeri yang dirasakan semasa hayatnya seperti kematian-kematian ibu dan seorang adik kesayangannya (Johanne Sophie pada 1877) akibat penyakit kering; kisah-kisah seram nukilan Edgar Allan Poe diceritakan bapanya sebagai hiburan sekeluarga turut melekat dalam jiwa Munch yang merasakan ajal sangat mendekatinya selalu.

Galeri

Der Schrei der Natur, (1893)
Der Schrei der Natur, (1893)
Vampyr, (1895)
Vampyr, (1895)
Fra Saxegårdsgate (1882) Muzium Seni Lillehammer
Fra Saxegårdsgate (1882) Muzium Seni Lillehammer
Strand (1904), Muzium Munch di Oslo
Strand (1904), Muzium Munch di Oslo
4 images

Rujukan

Sumber utama
  • Altern, Arne (1961). "Tanker omkring et nedrevet hus". St. Hallvard 1961. {{cite book}}: Invalid |ref=harv (bantuan)
  • Eggum, Arne (1984). Munch, Edvard (penyunting). Edvard Munch: Paintings, Sketches, and Studies. New York, NY: C.N. Potter. m/s. 305. ISBN 0-517-55617-0. {{cite book}}: Invalid |ref=harv (bantuan)
  • Prideaux, Sue (2005). Edvard Munch: Behind the Scream. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 978-0-300-12401-9. {{cite book}}: Invalid |ref=harv (bantuan)

Bacaan lanjut

  • Heller, Reinhold, penyunting (1984). Munch: His Life and Work. London: Murray. ISBN 0-7195-4116-6.
  • Schiefler, Gustav (1907). Verzeichnis des Graphischen Werks Edvard Munchs bis 1906 (dalam bahasa Jerman). Berlin: B. Cassirer. OCLC 39789318.
  • Schiefler, Gustav (1927). Das Graphische Werk von Edvard Munch: 1906–1926 (dalam bahasa Jerman). Berlin: Euphorion Verlag. OCLC 638113186.
  • Woll, Gerd (2009). Edvard Munch: Complete Paintings: Catalogue Raisonné. Jil. 4. London: Thames & Hudson. ISBN 0-500-09345-8.

Pautan luar

Read next

In 105 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article