factograf
MS

jawatan istana Imperial Jepun

Daijō-daijin

Daijō-daijin

Key facts

masa permulaan671
contohjawatan
negaraJepun

Daijō-daijin atau Dajō-daijin (太政大臣, "Canselor Kerajaan") merupakan ketua Daijō-kan (Majlis Negara) semasa dan selepas Zaman Nara, dan buat seketika juga wujud di bawah Perlembagaan Meiji. Jawatan ini setaraf dengan Tàishī (太師) di China, iaitu Guru Agung atau Penasihat Tertinggi Diraja.

Sejarah

Daijō-daijin ialah jawatan tertinggi dalam Daijō-kan, badan pentadbiran pusat Jepun, pertama kali diberikan kepada Putera Ōtomo, putera kesayangan Maharaja Tenji. Jawatan ini muncul secara rasmi dalam Kod Asuka Kiyomihara 689 dan disusun semula di bawah Kod Taihō 702, bersama-sama dua menteri lain: Sadaijin (Menteri Kiri) dan Udaijin (Menteri Kanan).

Pada zaman Nara (710–794), jawatan ini kebanyakannya bersifat kehormatan selepas kematian. Selepas pelantikan Fujiwara Yoshifusa pada 857, jawatan ini menjadi hampir tetap dan banyak dipegang oleh ahli puak Fujiwara, walaupun kuasanya berkurangan kerana pengaruh pemangku raja seperti Sesshō dan Kampaku. Menjelang abad ke-10, jawatan ini hampir tiada kuasa, dan sering kekosongan untuk tempoh panjang.

Pada 1167, Taira no Kiyomori menjadi orang pertama dari kelas pejuang (samurai) memegang jawatan ini, dan sejak itu, jawatan tinggi di Daijō-kan, termasuk Sadaijin dan Udaijin, juga diberikan sebagai gelaran kehormatan kepada samurai. Contohnya, Oda Nobunaga dilantik menjadi Udaijin, dan kemudiannya dipromosikan secara pusaka menjadi Daijō-daijin, diikuti oleh Toyotomi Hideyoshi dan Tokugawa Ieyasu.

Jawatan ini dihidupkan semula secara ringkas di bawah Perlembagaan Meiji dengan pelantikan Sanjō Sanetomi pada 1871, sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada 1885 untuk memberi laluan kepada jawatan Perdana Menteri.

Peranan

Canselor (Daijō-daijin) mengetuai Majlis Negara Besar dan mengawal pegawai-pegawai kerajaan, khususnya Sadaijin (Menteri Kiri) dan Udaijin (Menteri Kanan), serta empat penasihat kanan dan tiga penasihat kecil. Menteri-menteri ini pula mengawal bahagian-bahagian lain dalam kerajaan.

Lihat juga

Read next

In 19 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article