factograf
MS

CONMEBOL

CONMEBOL

Key facts

masa permulaan9 Julai 1916
contohbadan induk sukan antarabangsa, pertubuhan bukan untung
negaraParaguay
bahasa rasmibahasa Sepanyol
All data from the card 13
Kependekan
CONMEBOL
Jenis/bentuk sah
Badan induk sukan antarabangsa, pertubuhan bukan untung
Keanggotaan
10
Anggota bagi
FIFA
Bahasa rasmi
Bahasa Sepanyol, bahasa Portugis
Tapak web
conmebol.com
Ditubuhkan
9 Julai 1916 di Buenos Aires
Pengerusi
Alejandro Domínguez
Pertubuhan induk
FIFA
Ibu pejabat
Luque
Lokasi
Paraguay
Koordinat
25°15′38″S 57°30′58″B / 25.26056°S 57.51611°B
Kawasan perkhidmatan
Amerika Selatan

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL atau CSF; kependekan bagi Confederación Sudamericana de Fútbol), merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan.

Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr Nicolás Leoz.

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina.

Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuela (1952). Walau bagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, Guiana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores, Copa Sudamericana, dan Copa América.

Ahli

Negara Persatuan Ditubuhkan Menyertai Pasukan Negara Divisyen Teratas
Argentina AFA 1893 1916 ARG (L, W) Primera División
Bolivia FBF 1925 1926 BOL (L, W) Liga Profesional
Brazil CBF 1914 1916 BRA (L, W) Campeonato Brasileiro Série A
Chile FFC 1895 1916 CHI (L, W) Primera División
Colombia FCF 1924 1936 COL (L, W) Primera A
Ecuador FEF 1925 1927 ECU (L, W) Serie A
Paraguay APF 1906 1921 PRY (L, W) División Profesional
Peru FPF 1922 1925 PER (L, W) Primera División
Uruguay AUF 1899 1916 URU (L, W) Primera División
Venezuela FVF 1926 1952 VEN (L, W) Primera División

Presiden CONMEBOL

  • 1916–1936 Héctor Rivadavia Gómez
  • 1936–1939 Luis O. Salesi
  • 1939–1955 Luis Valenzuela Hermosilla
  • 1955–1957 Carlos Dittborn Pinto
  • 1957–1959 José Ramos de Freitas
  • 1959–1961 Fermín Sorhueta
  • 1961–1966 Raúl H. Colombo
  • 1966–1986 Teófilo Salinas Fuller
  • 1986–2013 Nicolás Léoz
  • 2013–2014 Eugenio Figueredo
  • 2014–2015 Juan Ángel Napout
  • 2015– Alejandro Domínguez

Read next

In 81 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article