Begol, bugel (bugle, serapan bahasa Latin buculus "lembu dikembiri") atau selompret adalah suatu alat muzik diperbuat daripada loyang mudah. Ia tidak mempunyai injap atau ciri lain yang mampu mengubah nada ditiup melainkan melalui pergerakan mulut peniup.
Alat ini mula dikembangkan daripada tanduk haiwan buruan untuk tujuan komunikasi sesama pemburu mahupun untuk memberitahukan ketibaan seseorang yang bertunggangan dari jauh. Ia kemudiannya dikhususkan dalam bidang ketenteraan untuk mengisyaratkan askar-askar baik yang berkuda atau berbarisan kepada tindakan yang diarahkan dari pemimpin pasukan.
Begol turut digunapakai dalam kalangan orang pandu atau pengakap untuk menandakan waktu tertentu semasa berkegiatan luar seperti berkhemah.
Bibliografi
- Dudgeon, Ralph T. (2004). The Keyed Bugle. Scarecrow Press. ISBN 0-8108-5123-7.
{{cite book}}: CS1 maint: location missing publisher (link)
