factograf
MS

superorder ikan

Batomorphi

Batomorphi
Pari lang lalat, Aetobatus narinari
Pari lang lalat, Aetobatus narinari

Batomorphi ialah sebuah divisi ikan berawan yang biasa dipanggil pari; takson ini turut dikenali sebagai superorder Batoidea, namun edisi ke-5 Fishes of the World memasukkannya ke dalam divisi Batomorphi. Ia dan saudara rapatnya, yu, membentuk subkelas Elasmobranchii. Pari ialah kumpulan terbesar ikan berawan, dengan lebih 600 spesies dalam 26 keluarga. Pari dibezakan dengan tubuh yang leper, sirip dada besar yang bercantum dengan kepala, dan lekah insang yang terletak di muka depan.

Lebih 600 spesies didapati tersebar di air tawar dan laut baik air dalam, mahupun cetek di kawasan tropika.

Anatomi

Batoid ini bertubuh leper, dan merupakan ikan berawan sama seperti yu, bermaksud ia mempunyai rangka tanpa tulang yang dibina daripada rawan mulur yang tegar. Kebanyakan batoid mempunyai lubang depan menutupi insang di bahagian bawah badan ikan: banyak spesies pari mempunyai lima lubang manakala spesies keluarga Hexatrygonidae mempunyai enam lubang.

Berhampiran pangkal ekor pari terdapat sengat sekitar 8-inci yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dentikel dermis. Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila pari berasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa. Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine. Pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, pari akan gunakan sengatnya sebagai suatu bentuk pertahanan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Florida. "Walaupun ditikam oleh ekor pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."

Telur-telur pari disenyawakan dari dalam yang dapat mengelakkan dimangsakan serta memelihara benih jantan dan tenaga yang digunakan sepenuhnya semasa pembiakan.

Taksonomi

Fosil pari setoka Eosen Awal, Heliobatis radians
Fosil pari setoka Eosen Awal, Heliobatis radians
Pari kaluk gergasi, Mobula mobular
Pari kaluk gergasi, Mobula mobular
2 images

Spesies-spesies pari dapat digolongkan kepada empat kelompok utama:

Order Imej Nama umum Keluarga Genus Spesies Ulasan
Total
Myliobatiformes Setoka dan saudaranya 10 29 223 1 16 33
Rajiformes Tohok dan saudaranya 5 36 270 4 12 26
Torpediniformes Pari kebas 4 12 69 2 9
Rhinopristiformes Yu kemejan dan saudaranya 1 2 5–7 3–5 2

Eschmeyer's Catalog of Fishes mengelaskan pari berikut:

  • Order Torpediniformes
    • Keluarga Platyrhinidae D. S. Jordan, 1923 (pari kikir)
    • Keluarga Narkidae Fowler, 1934 (pari karas)
    • Keluarga Narcinidae, Gill, 1862 (pari karan)
    • Keluarga Hypnidae Gill, 1862 (pari keranda)
    • Keluarga Torpedinidae Henle 1834 (pari torpedo)
  • Order Rhinopristiformes
  • Order Rajiformes
    • Keluarga Rajidae Blainville, 1816 (tohok hidung keras)
    • Keluarga Arhynchobatidae Fowler, 1934 (tohok hidung lembut)
    • Keluarga Gurgesiellidae de Buen, 1959 (tohok katik)
    • Keluarga Anacanthobatidae von Bonde & Swart, 1923 (tohok kaki)
  • Order Myliobatiformes
    • Keluarga Zanobatidae Fowler. 1934 (pari ceper)
    • Keluarga Hexatrygonidae Heemstra & M. M. Smith, 1980 (setoka insang enam)
    • Keluarga Dasyatidae D. S. Jordan & Gilbert, 1879 (pari ketuka)
      • Subkeluarga Dasyatinae D. S. Jordan & Gilbert, 1879 (setoka)
      • Subkeluarga Neotrygoninae Castelnau, 1873 (setoka muncung pendek)
      • Subkeluarga Urogymninae Gray, 1851 (ketuka)
      • Subkeluarga Hypolophinae Stromer, 1910 (setoka ekor lembu)
    • Keluarga Potamotrygonidae Garman, 1877 (setoka neotropika)
      • Subkeluarga Styracurinae Carvalho, Loboda & da Silva 2016 (ketuka)
      • Subkeluarga Potamotrygoninae Garman 1877 (setoka sungai)
    • Keluarga Urotrygonidae McEachran, Dunn & Miyake, 1996 (setoka bulat Amerika)
    • Keluarga Gymnuridae Fowler, 1934 (pari kelawar)
    • Keluarga Plesiobatidae K. Nishida, 1990 (pari lembik merah)
    • Keluarga Urolophidae J. P. Müller & Henle 1841 (setoka bulat atau tetoka)
    • Keluarga Aetobatidae Agassiz, 1858 (pari lang pelagik)
    • Keluarga Myliobatidae Bonaparte, 1835 (pari lang)
    • Keluarga Rhinopteridae D. S, Jordan & Evermann, 1896 (pari susun)
    • Keluarga Mobulidae Gill, 1893 (pari paus atau pari kaluk)

Read next

In 86 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article