Tan Sri Dato' Seri Hj Azmi bin Khalid (lahir 13 Disember 1940) merupakan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selepas pilihan raya umum 2008, beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2008 di parlimen Malaysia.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Kangar, Perlis memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera jurusan ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1965. Selain itu, beliau juga memiliki diploma kepakaran dalam bidang kewangan dan perancangan strategik dari beberapa buah institusi pengajian terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Singapura dan Institut Pengajian Sosial di The Hague, Belanda.
Kerjaya
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, memulakan kkerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai Penolong Setiausaha, kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha sebelum dilantik ke jawatan Pengurus Besar.
Parlimen Padang Besar diwakili oleh Y.B. Tan Sri Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid, telah dipilih mewakili Parlimen berkenaan sejak tahun 1995.
Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam politik dan telah menjadi ahli UMNO sejak empat dekad yang lalu. Karier politik beliau semakin menyerlah setelah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kangar pada tahun 1979 sebelum dipilih mengetuai bahagian berkenaan pada tahun 1989.
Penyertaan kali pertama beliau dalam pilihan raya bermula pada tahun 1995 dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Besar dengan menewaskan calon daripada parti PAS.ref>"PM unveils new cabinet after election landslide". Sydney Morning Herald. Fairfax Media. 28 March 2004. Dicapai pada 22 March 2010.</ref>
Ekoran kejayaan berkenaan, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar selepas berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihanraya tahu 1999.
Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau berjaya mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen Padang Besar setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS.
Jawatan politik
- 1995-1997 Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri
- 1997-1999 Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Jun- Dis 1999 Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Dec 1999-Mac 2004 Menteri Pembangunan Luar Bandar/Pemangku Menteri Luar Negeri
- Mac 2004-Feb 2006 Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
- (Feb 2006-Mac 2008) Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Mac 2008-kini Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Malaysia
Wakil Rakyat
Dalam keputusan pilihan raya 2004 Parlimen Padang Besar, Perlis:
- Datuk Azmi Khalid yang mewakili parti Barisan Nasional - UMNO)telah diisytiharkan menang.
- Wan Kharizal Wan Khazim dari Parti Islam Se-Malaysia mendapat 9,058
- Majoriti: 9,265,Jumlah Undi: 28,053, Undi Rosak: 672, % Mengundi: 83.9%
Kehidupan peribadi
Beliau yang pernah terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000 telah mendirikan rumahtangga bersama Allayarhamah Puan Sri Datin Seri Yasmin Abdullah (meninggal dunia pada 24 Mac 2005) dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada 25 Ogos 2005, beliau berkahwin dengan personaliti terkenal, Puan Sri Normala Samsudin.
Keputusan pilihan raya
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | P001 Padang Besar | Azmi Khalid (UMNO) | 17,013 | 71.02% | Hisharudin Hasan (PAS) | 6,943 | 28.98% | 25,854 | 10,070 | 77.65% | ||
| 1999 | Azmi Khalid (UMNO) | 14,386 | 59.32% | Mohd Anuar Mohd Tahir (KeADILan) | 9,867 | 40.68% | 25,347 | 4,519 | 78.04% | |||
| 2004 | Azmi Khalid (UMNO) | 18,323 | 66.92% | Wan Kharizal Wan Khazim (PAS) | 9,058 | 33.08% | 28,453 | 9,265 | 83.93% | |||
| 2008 | Azmi Khalid (UMNO) | 16,991 | 59.34% | Zolkharnain Abidin (PAS) | 11,643 | 40.66% | 29,310 | 5,348 | 80.05% | |||
Pautan luar
- Laman web rasmi
Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)
