factograf
MS

Anugerah Eisner

Anugerah Eisner
All data from the card 6
Nama asli
Eisner Award (en)
Jenis
Anugerah
Penerangan
Pencapaian kreatif terpuji dalam industri buku komik A.S
Lokasi
San Diego Comic-Con International
Negara
Amerika Syarikat
Kali pertama
1988

Anugerah Eisner ([ais-nĕr], Eisner Awards) atau nama penuhnya Anugerah Industri Komik Will Eisner (Will Eisner Comic Industry Awards) merupakan anugerah yang diberikan untuk pencapaian kreatif yang terpuji dalam kalangan penerbit buku komik Amerika Syarikat sepertimana yang dimainkan peranan Anugerah Akademi ke atas filem-filem. Anugerah ini diwujudkan setelah penamatan anugerah yang terdahulu iaitu Anugerah Kirby pada tahun 1987, dan ia dinamakan sempena Will Eisner, tokoh yang paling terlibat dalam anugerah tersebut sehingga kematian beliau pada tahun 2005.

Penamaan pencalonan untuk anugerah ini ditentukan sebuah panel lima orang yang kemudiannya diundi oleh para pengkarya komik profesional dan diumumkan pada konvensyen San Diego Comic-Con International yang berlangsung pada satu malam Jumaat dalam Julai setiap tahun.

Pautan luar

  • The Eisner Awards - The “Oscars” of the Comics Industry Diarkibkan 2013-10-22 di Wayback Machine.

Read next

In 32 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article