factograf
MS

Deutsche Bank Park

Deutsche Bank Park

Key facts

masa permulaan1925
contohtempat perlawanan bola sepak
negaraJerman
terletak di entiti wilayah pentadbiranFrankfurt-Süd
All data from the card 12
Nama lama
Waldstadion (1925-2005) FIFA World Cup Stadium, Frankfurt (2006 FIFA World Cup)
Lokasi
Frankfurt, Hesse Jerman
Dibina
1925
Dibuka
May 21, 1925
Diubahsuai
1937, 1953, 1974, 2005
Pemilik
Waldstadion Frankfurt Gesellschaft für Projektentwicklung
Pengendali
Stadion Frankfurt Management GmbH
Permukaan
Grass
Kos pembinaan
€ 150 million
Arkitek
Gerkan, Marg & PartnerMax Bögl
Kapasiti
bola sepak: 52,300 (9,300 standing)American football: 48,000Konser: 55,000
Dimensi padang
105 m x 68 m

Deutsche Bank Park (sebelum ini dikenali sebagai Waldstadion) adalah sebuah stadium dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 52,000 orang yang terletak di Frankfurt, Jerman dan digunakan untuk bola sepak dan American football. Ia adalah stadium utama bagi kelab Eintracht Frankfurt dan Frankfurt Galaxy. Waldstadion pertama kali dibuka pada 1925 dan semasa Perang Dunia II ia digunakan untuk upacara berkaitan politik.

Sejak Julai 2005 stadium ini dinamakan "Commerzbank-Arena". Semasa Piala Dunia FIFA 2006, stadium ini lebih dikenali dengan "FIFA WM Stadion Frankfurt" (dalam bahasa Inggeris, "FIFA World Cup Stadium Frankfurt"). Pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan untuk pertandingan ini di mana stadium ini telah dibina semula sepenuhnya serta dimodenkan. Sekarang ini ia adalah di antara stadium yang terbesar di Jerman dan beberapa acara penting telah dilakukan di sini termasuklah pertandingan akhir Piala Konfederasi FIFA.

Satu pengubahsuaian utama termasuklah menggantung struktur gergasi 4 sisi di atas stadium dengan skrin besar di setiap sisi bagi membolehkan penonton di semua bahagian dapat menonton. Pada waktu matahari terik, skrin tersebut menyebabkan kawasan bayang-bayang yang besar terbentuk di atas padang serta menyukarkan untuk menonton perlawanan melalui televisyen kerana kamera terpaksa diubah ke kawasan yang lebih terang. Semasa perlawanan bola sepak Korea Selatan menentang Togo, bumbung stadium telah ditutup, walaupun cuaca adalah cerah dan kering, berkemungkinan untuk mengelakkan kesan bebayang pada padang. Situasi ini telah dikritik oleh kebanyakan orang kerana menyebabkan stadium menjadi semakin panas di dalam cuaca yang telah sememangnya panas dan berbahang.

Piala Dunia FIFA 2006

Stadium ini adalah salah satu stadium yang digunakan untuk Piala Dunia FIFA 2006. Walau bagaimanapun, disebabkan kontrak penajaan, stadium ini akan dikenali sebagai FIFA World Cup Stadium Frankfurt sepanjang tempoh Piala Dunia.

Perlawanan berikut telah diadakan di stadium ini sepanjang Piala Dunia 2006:

Tarikh Waktu(CET) Pasukan #1 Kep. Pasukan #2 Pusingan Penonton
2006-06-10 15.00 England 1-0 Paraguay Kumpulan B 48,000
2006-06-13 15.00 Korea Selatan 2-1 Togo Kumpulan G 48,000
2006-06-17 15.00 Portugal 2-0 Iran Kumpulan D 48,000
2006-06-21 21.00 Belanda 0-0 Argentina Kumpulan C 48,000
2006-07-01 21.00 Brazil 0-1 Perancis Suku Akhir 48,000

Read next

In 52 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article