factograf
MS

Saluran televisyen Indonesia

MDTV

Key facts

masa permulaan2013
contohperniagaan
negaraIndonesia
pengasasWishnutama
All data from the card 21
Jenis
Stesen televisyen terestrial
Negara
Indonesia
Kawasan penyiaran
Nasional
Slogan
Nonton TV Asyiknya di MDTV.
Ibu pejabat
Indonesia MD Place, Jl. Setiabudi Selatan No. 7, Jakarta Selatan, Indonesia
Format gambar
1080i HDTV 16:9
Induk
MDTV Media Technologies
Dilancarkan
26 Mei 2013
Nama lama
SpacetoonNET TV
Laman web
www.mdtelevision.com
Ambon
33 UHF
Balikpapan
28 UHF
Banda Aceh
29 UHF
Bandar Lampung
33 UHF
Bandung
35 UHF
Banjarmasin
30 UHF
Batam
48 UHF
Bengkulu
34 UHF
Cirebon
32 UHF
Denpasar
30 UHF
Indihome TV
MDTV

MDTV (singkatan dari Multi Dimensia Televisi, sebelumnya bernama NET TV) adalah sebuah stesen televisyen terestrial swasta di Indonesia yang dimiliki oleh MDTV Media Technologies. Stesen ini menjalankan siaran percubaan sebagai NET. pada 18 Mei 2013 dan dirasmikan pada 26 Mei 2013 jam 19.00 WIB dengan menggantikan siaran terestrial Spacetoon yang pemilikannya telah diambil alih oleh Indika Group. Pada tahun 2024, stesen ini telah dibeli oleh MD Entertainment, jadi ia menukar namanya kepada MDTV hingga hari ini.

Selain melalui siaran TV, MDTV juga menyiarkan rancangannya melalui media sosial dan YouTube.

Program Grand Launching NET. ditayangkan secara langsung pada 26 Mei 2013 pukul 19.00 WIB dan disiarkan secara live melalui Youtube dan laman web rasmi NET., dan acara perlancaran ini menampilkan penyanyi antarabangsa seperti Carly Rae Jepsen, Taio Cruz dan juga didukung oleh beberapa artis dalam negara seperti Agnes Monica, Maudy Ayunda, Noah, Raisa, Kahitna, Dewa 19, Andien, Ungu, Reza Rahardian, Andi Rianto dan banyak lagi.

Pada 18 Mei 2014 NET. menyambut ulang tahun pertamanya yang bertajuk NET. ONE (Indonesian Choice Awards 2014) dengan menjemput ramai penyanyi antarabangsa seperti Far East Movement dan Ne-Yo.

Pada 24 Mei 2015, NET. menyambut ulang tahun keduanya dan menjemput penyanyi antarabangsa seperti Demi Lovato & Karmin.

Pada tanggal 29 Mei 2016, NET. menyambut ulang tahun ketiganya dan menjemput penyanyi antarabangsa seperti Jessie J, Dawin & Omi.

Sejarah

Pada tahun 2012, PT Net Mediatama Televisi (NET.) ingin membangunkan sebuah stesen TV yang membawakan sebuah revolusi media yang maju dan lebih moden. Pada pertengahan Mac 2013, PT Net Mediatama Indonesia memperolehi saham milik PT Televisi Anak Spacetoon (Spacetoon) yang sebahagian sahamnya diambil oleh Indika Group sebanyak 95% dari saham Spacetoon. Setelah diperolehi saham kepemilikan Spacetoon ke NET., pada Sabtu, 18 Mei 2013, siaran Spacetoon di jaringan terrestrial menghilang dan digantikan oleh NET. yang memulai siaran perdananya dengan menggunakan frekuensi milik Spacetoon di seluruh mantan jaringan frekuensi Spacetoon di Indonesia.

NET. memulakan siaran percubaan selama satu bulan yang dikira sejak Sabtu, 18 Mei 2013 sehingga menjelang program Grand Launching Media Revolution yang disiarkan secara live pada Ahad, 26 Mei 2013 pukul 19.00 WIB, di Jakarta Convention Center, Senayan, Jakarta Pusat. Siaran percubaan NET. bermula dari pukul 05.00 WIB-24.00 WIB tanpa iklan. Setelah siaran percubaan tamat, jam penyiaran NET. dipanjangkan dari pukul 04.00 WIB-02.00 WIB. Tetapi, sempena bulan Ramadhan, NET. menjadi saluran 24 jam.

Seluruh program-program dari Spacetoon Indonesia dirombak menjadi rancangan yang lebih maju dan lebih moden, tetapi NET. tetap menayangkan 5 program kartun dari Spacetoon yang disiarkan setiap Isnin-Jumaat yang bermula dari pukul 13.30 WIB-16.00 WIB di bawah nama "NET. Playground" atau "NETOON" yang pada masa ini tidak ditayangkan lagi.

Pada 3 April 2015, NET. secara rasmi menjadi penaja utama pasukan bola sepak Persija Jakarta selama perlawanan Liga QNB 2015 berlangsung. Sehari kemudian, tepatnya 4 April 2015, NET. juga menjadi sponsor utama Persib Bandung.

Pengurusan

No. Nama Jabatan
1 Wishnutama Kusubandio Ketua Pengarah NET.
2 Agus Lasmono Sudwikatmono Pesuruhjaya Utama NET. & Ketua Pengarah Indika Group

Acara/Rancangan kartun

Cartoon Network

Galeri

Logo NET (2013-2024)
Logo NET (2013-2024)
Logo MDTV (2025-kini)
Logo MDTV (2025-kini)
2 images

Pautan luar

  • (Indonesia) Templat:Resmi
  • MDTV di X
  • NET Mediatama Indonesia di Facebook
  • Saluran NET. di YouTube

Templat:Kelompok templat

Read next

In 6 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article