factograf
MS
Sign in

GitHub

GitHub

Key facts

masa permulaan19 Oktober 2007
contohperkhidmatan di internet, perpustakaan data
negaraAmerika Syarikat
pengasasTom Preston-Werner
ketua pegawai eksekutifNat Friedman
dijelaskan oleh sumberThe varying openness of digital open science tools
All data from the card 13
Jenis tapak
Perkhidmatan pengehosan repositori Git
Tersedia dalam
Bahasa Inggeris
Diasaskan
8 Februari 2008 (sebagai Logical Awesome LLC)
Ibu pejabat
San Francisco, California, A.S.
Pengasas
Tom Preston-Werner Chris Wanstrath PJ Hyett
CEO
Nat Friedman (pasca-pemerolehan) Chris Wanstrath (sementara)
Industri
Perisian
Pekerja
800
Induk
Microsoft
URL
GitHub.com
Komersial
Ya
Pendaftaran
Pilihan (diperlukan untuk membuat dan menyertai sebuah projek)
Pengguna
40,1 juta (Jun 2018)

GitHub, Inc. ialah penyedia pengehosan Internet untuk pembangunan perisian dan kawalan versi yang menggunakan Git. Ia menawarkan fungsi kawalan versi diedarkan dan pengurusan kod sumber (SCM) Git, serta ciri-cirinya sendiri. Ia menyediakan kawalan akses dan beberapa ciri kolaborasi seperti pengesanan pepijat, ciri-ciri permintaan, pengurusan tugas, integrasi berterusan dan wiki untuk setiap projek. Beribu pejabat di California, ia telah menjadi anak syarikat Microsoft sejak 2018.

GitHub menawarkan perkhidmatan asasnya secara percuma. Perkhidmatan profesional dan perusahaannya yang lebih maju adalah komersial. Akaun GitHub percuma biasanya digunakan untuk mengadakan projek sumber terbuka. Mulai Januari 2019, GitHub menawarkan repositori peribadi tanpa had untuk semua rancangan, termasuk akaun percuma, tetapi hanya dibenarkan sehingga tiga kolaborator per repositori secara percuma. Bermula dari 15 April 2020, rancangan percuma itu membolehkan kolaborator tanpa had, tetapi menghadkan repositori peribadi kepada 2,000 minit GitHub Actions sebulan. Sehingga Januari 2020, GitHub melaporkan mempunyai lebih dari 40 juta orang pengguna dan lebih daripada 190 juta repositori (termasuk sekurang-kurangnya 28 juta repositori awam), menjadikannya kod sumber terbesar di dunia.

Read next

In 74 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article